Pemandu maut, penumpang parah kereta terjunam dalam parit di Kuching

SEORANG lelaki maut manakala penumpangnya cedera parah di kepala selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira sembilan meter di Jalan Penrissen, Batu 8, di Kuching malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam itu menyebabkan Bong Biing Wen, 51, yang memandu kereta jenis Honda Civic EG6 meninggal dunia di tempat kejadian.

GAMBAR: JBPM Sarawak

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuching ke Batu 17, Jalan Kuching–Serian.

“Setibanya di lokasi kejadian, ketika kenderaan bergerak lurus, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kereta itu terbabas dan terjunam ke dalam parit di sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat pemandu itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut manakala mangsa berusia 23 tahun yang cedera parah turut dibawa ke hospital sama.

Kes ini katanya, sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Sentosa digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.42 malam.

Menurut jurucakap JBPM, kedua-dua mangsa dikatakan  tercampak keluar dari kenderaan dan operasi menyelamat dilakukan menggunakan pengusung bagi membawa kedua-duanya naik ke tebing jalan.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Awang Iskandar Rashid Awang Seruji, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img