DAP tidak tergugat akan diserang habis-habisan, terus tumpu soal bantu rakyat, kata Anthony Loke

DAP tidak tergugat dengan ikrar terbaru parti lain untuk melancarkan serangan habis-habisan terhadap parti itu dan DAP lebih rela menumpukan masanya untuk memperjuangkan perkara-perkara yang lebih mendesak melibatkan rakyat.

Walaupun Setiausaha Agung DAP  Anthony Loke tidak menamakan mana-mana pihak, beliau menegaskan betapa DAP tidak takut untuk dicabar.

“Mereka yang mahu melawan DAP berhak berbuat demikian — kamu boleh melawan kami, (tetapi) kami juga boleh melawan kamu. Namun, apabila kami sertai politik, (dan) apabila DAP ditubuhkan, ia bukan untuk melawan mana-mana parti, individu atau kaum.

“Kami menyertai DAP bukan untuk lawan orang, tetapi untuk melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, serta (retorik) perkauman,” kata Loke pada Konvensyen DAP Selangor di Klang, hari ini, lapor Malaysiakini.

Justeru Ahli Parlimen Seremban itu menasihati ahli DAP supaya tidak melayan serangan sedemikian, sebaliknya menggesa mereka menumpukan perhatian kepada matlamat parti sebagai sebuah wadah politik.

“Kita tidak perlu melayan orang yang mungkin mempunyai hala tuju yang tidak jelas (dan) pemikiran yang tidak begitu matang. Kita mesti kekal (komited) terhadap tanggungjawab kita (dan) menumpukan perhatian kepada kerja-kerja membina negara sambil membantu rakyat,” tambahnya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai exco kerajaan Melaka sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk melawan DAP “habis-habisan.”

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img