‘’Sangat tidak beradab’ – JAIS siasat senaman aerobik tak senonoh di Bukit Badong

JABATAN  Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat aktiviti senaman aerobik yang didakwa mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam, dipercayai berlaku di Bukit Badong, dekat sini.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan berkenaan dijalankan susulan penularan sebuah rakaman video menerusi aplikasi TikTok melibatkan aktiviti senaman aerobik terbabit.

Beliau berkata JAIS memandang serius perbuatan itu dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.
“Hal ini kerana selain sangat tidak beradab, aktiviti itu mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
“JAIS juga sedang menyiasat kejadian tersebut termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian hotline JAIS 1800-88-2424.

Terdahulu, tular tangkap layar gambar di aplikasi TikTok memaparkan beberapa wanita berpakaian tidak sopan didakwa melakukan aktiviti senaman.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya membuka kertas siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, seorang wanita tampil di TikTok memohon maaf kerana melakukan aktiviti zumba memaparkan ‘individu memakai tudung, tetapi tidak berkain’

Katanya, dia menyatakan pihak penganjur tidak tahu menahu selain memberitahu ia berlaku ‘secara spontan’.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img