Perlombongan emas haram di Gua Musang, FRU tahan dua lelaki dalam Opersi Bersepadu Khazanah

DUA lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti perlombongan emas haram ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah di Ladang Sawit Sungai Terah, di Gua Musang semalam.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit AmaFRUn, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof, berkata operasi bersepadu itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan turut merampas merampas pelbagai jentera dan peralatan bernilai RM640,729.40

“Bertindak atas maklumat risikan, pasukan operasi menjalankan serbuan kira-kira jam 6 petang semalam dan menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar.

“Pemeriksaan mendapati, kedua-dua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah dan lesen perlombongan yang dibenarkan, sekali gus membawa kepada penahanan dan tindakan lanjut oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata,  pihak berkuasa menyita pelbagai jentera dan peralatan perlombongan termasuk dua unit jentera pengorek hidraulik, sebuah kenderaan Toyota Hilux, enjin pam penyedut, palong, karpet pemprosesan serta diesel yang disyaki digunakan bagi menjalankan aktiviti perlombongan emas secara haram.

“Kes disiasat di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img