Dua rentung kereta terbakar di Plaza Tol Jitra

DUA orang rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di Jitra , awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.05 pagi.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari BBP Jitra tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan dibantu lima anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civid FD dan api sedang marak. Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua mangsa rentung di dalam kereta terlibat

“Bagaimanapun, jantina atau identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti setakat ini,” katanya.

Noor Azhar berkata, api berjaya dikawal pada jam 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img