CCTV di lapangan terbang Jeddah rakam detik-detik akhir Allahyarham Nadia Kesuma rebah – Seniman

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah memaparkan detik mencemaskan saat pelakon Nadia Kesuma rebah secara tiba-tiba sebelum dikejarkan ke hospital.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, hasil semakan CCTV oleh pihak berkuasa lapangan terbang, Allahyarham rebah akibat serangan jantung pada Khamis lalu.

“Arwah meninggal dunia sekitar jam 8.07 pagi (15 Januari 2026), jenazah kini berada di King Fahad Hospital Jeddah.

“Seniman mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri atas keprihatinan pihak Wisma Putra membantu memudahkan pelbagai perkara terkait isu ini.

“Puan Nadia adalah ahli yang sangat aktif, rajin, berdedikasi serta mesra dengan semua orang, pemergiannya adalah satu kehilangan yang akan pasti dirindui oleh seluruh ahli Seniman,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jenazah Allahyarham Nadia selamat dikebumikan di Jeddah selepas solat Subuh (waktu Arab Saudi) hari ini, menurut suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah.

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan, dan diimamkan sendiri oleh saya.

“Alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33 am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44 am (10.44 pagi waktu Malaysia),” kata Muhammad Kamarul dalam hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img