Lubang benam dikesan di Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas

SEBUAH lubang benam dikesan di Jalan Kenyalang 1 di Bayan Lepas, Pulau Pinang pagi tadi, mengakibatkan jalan tersebut ditutup selama enam hari bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang memaklumkan, penutupan jalan tersebut dibuat sehingga 25 Januari depan atas faktor keselamatan pengguna.

“Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya di kawasan itu diminta memberi kerjasama sepanjang penutupan jalan ini dan berhati-hati ketika memandu, rancang perjalanan serta patuhi arahan pihak berwajib,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan Awam dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memberitahu, lubang benam itu dikesan jam 9.30 pagi tadi dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

“Kejadian melibatkan lubang benam sepanjang 2 meter dengan lebar juga 2 meter dan kedalaman kira-kira 1.7 meter,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, pihak berkuasa telah mengambil tindakan awal dengan memasang penghadang plastik untuk menutup jalan di kedua arah, sementara tindakan pengorekan diambil bagi mengenal pasti punca sebenar wujudnya lubang benam itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img