Tiga kanak-kanak hampir lemas ketika mandi di Pantai Irama

TIGA kanak-kanak nyaris maut selepas kesemua mereka hampir lemas ketika mandi manda di Pantai Irama, di Bachok petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, kesemua mangsa berusia antara 8 hingga 10 tahun dipercayai sepupu berjaya diselamatkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Beliau berkata, ketika kejadian petugas penyelamat pantai APM berada di Zon 6, tidak jauh dari lokasi kejadian dan terdengar jeritan orang ramai yang ternampak kesemua mangsa itu hanyut.

“Kesemua mangsa segera diselamatkan dan berjaya dibawa ke darat. Dua kanak-kanak perempuan selamat pulang ke rumah, manakala kanak-kanak lelaki dikejarkan ke Hospital Bachok untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat membabitkan lima anggota itu tamat pada 6 petang.

Mohd Khairi menasihatkan orang ramai supaya berwaspada ketika melakukan aktiviti pantai dan ibu bapa diingatkan agar memantau anak masing-masing selain mematuhi peraturan pantai.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img