SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ā memperoleh izin daripada Pejabat Peguam negara untuk mendakwa seorang pemilik akaun Tik Tok yang memfitnah agensi itu.
Dalam kenyataan SPRM memberitahu, pertuduhan dijadualkan pada 5 Februari ini berhubung dakwaan kes rasuah berkaitan ācounter settingā imigresen.
āāSPRM menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara profesional dan berlandaskan undang-undang, serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, āā kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, SPRM memandang serius Ā satu hantaran di platform TikTok melalui akaun Justicenafisaš¤(@misuscu.yong) yang mengandungi tohmahan serta dakwaan berunsur fitnah terhadap agensi itu.
āāHantaran tersebut antara lain menuduh bahawa satu āsaman palsuā telah diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai satu āscamā, kata kenyataan itu.
Kenyataan memberitahu, dakwaan ini adalah sama sekali tidak benar, mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
āāSPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah tersebut diturunkan serta-merta. Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi agensi tersebut,āā katanya kenyaataan itu.


