SPRM ambil tindakan undang-undang ke atas pemilik akaun Tik Tok

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ā memperoleh izin daripada Pejabat Peguam negara untuk mendakwa seorang pemilik akaun Tik Tok yang memfitnah agensi itu.

Dalam kenyataan SPRM memberitahu, pertuduhan dijadualkan pada 5 Februari ini berhubung dakwaan kes rasuah berkaitan ā€œcounter settingā€ imigresen.

ā€˜ā€™SPRM menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara profesional dan berlandaskan undang-undang, serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, ā€˜ā€™ kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, SPRM memandang serius Ā satu hantaran di platform TikTok melalui akaun JusticenafisašŸ¤(@misuscu.yong) yang mengandungi tohmahan serta dakwaan berunsur fitnah terhadap agensi itu.

ā€˜ā€™Hantaran tersebut antara lain menuduh bahawa satu ā€œsaman palsuā€ telah diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai satu ā€œscamā€, kata kenyataan itu.

Kenyataan memberitahu, dakwaan ini adalah sama sekali tidak benar, mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

ā€˜ā€™SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah tersebut diturunkan serta-merta. Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi agensi tersebut,’’ katanya kenyaataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img