Tapir seberat 300kg maut kemalangan di Dungun

SEEKOR tapir jantan mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah-Paka berhampiran Kampung Santong, Dungun malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, tapir seberat 300 kilogram (kg) itu dilanggar ketika melintas jalan menuju ke hutan berhampiran pukul 10 malam.

“Pemeriksaan menemukan kesan kecederaan pada bahagian kepala dan badan tapir berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata, dua anggota Perhilitan telah mengambil bangkai tapir itu untuk tujuan pelupusan, dan difahamkan tapir berkenaan dilanggar kereta jenis Volkswagen dipandu seorang guru berusia 49 tahun.

Pada 24 Januari lepas, seekor tapir seberat 200 kilogram mati dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 320.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Kerteh, Kemaman pada pukul 1 pagi.

Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 19 tahun turut maut di tempat kejadian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img