Ladang sawit seluas 22 hektar terbakar di Muar

LADANG sawit seluas 22 hektar terbakar membabitkan kebakaran tanah gambut yang sukar dipadamkan di Batu 13/14, Bukit Naning, Ayer Hitam, Muar sejak Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 4, Norshuhada Amsari, berkata pada awalnya bomba menganggarkan keluasan kebakaran di kawasan ini sekitar 12 hektar.

Namun, katanya, apabila Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba dan menerbangkan dron untuk melihat keadaan sebenarnya, kawasan yang terbakar sebenarnya seluas 22 hektar.

“Disebabkan itu, JPBM membahagikan anggota kepada tiga iaitu sektor A yang merangkumi keluasan 10 hektar, sektor B pula empat hektar manakala sektor C, lapan hektar.

“Alhamdulillah, operasi bagi sektor B berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tumpuan kini di sektor A dan C di mana operasi pada hari ini masih diteruskan.

“Semalam, kita berjaya memadamkan 65 peratus atau 14 hektar dan baki 35 peratus akan diteruskan hari ini,” katanya, lapor Berita Harian.

Sejak Jumaat lalu, Norshuhada berkata, seramai 70 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Muar, Pagoh, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta dibantu oleh polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), JPS dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kebakaran masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya disebabkan faktor struktur tanah gambut, kekurangan sumber air, cuaca panas dan tiupan angin yang menyebabkan api merebak di bawah permukaan tanah.

“Baki kawasan masih aktif namun berada dalam keadaan terkawal dan tidak menunjukkan perebakan ke kawasan penempatan penduduk, ladang atau kawasan sensitif.

“Setakat ini, kita mendapat bekalan air dari lori Ranhill SAJ dan Majlis Perbandaran Muar,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img