Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor

POLIS Johor sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengesan sindiket penipuan pembekalan makanan dan cenderahati yang menggunakan nama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu menggunakan nombor telefon yang beralamat di Sandakan, Sabah.

“Bagaimanapun setakat ini, masih belum ada penahanan yang dilakukan,” katanya dalam sidang media di IPK Johor hari ini.

Pada 27 Januari lalu, media melaporkan dua pengusaha makanan dan katering kerugian RM8,800 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pembekalan makanan dan cenderamata tidak wujud yang menggunakan nama IPK Johor.

Laporan daripada mangsa diterima pada 26 Januari, dengan masing-masing kerugian RM3,800 dan RM5,000.

Ab Rahaman dalam kenyataan sebelum ini berkata, mangsa yang membuat penghantaran di IPK Johor menyedari ditipu apabila dimaklumkan tiada tempahan makanan dibuat selain gagal menghubungi suspek.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img