Faktor cemburu dipercayai punca penganggur bunuh kekasih – Polis

POLIS tidak menolak kemungkinan faktor cemburu menjadi punca seorang penganggur bertindak menekup muka teman wanitanya dengan bantal hingga mati sebelum mayatnya ditemukan dalam sebuah rumah sewa di Taman Damai II, di Batu Pahat pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek dipercayai bertindak demikian kerana dikatakan cemburu selepas mengesyaki teman wanitanya yang berusia 41 tahun itu mempunyai kekasih lain.

Beliau berkata, pembunuhan itu dipercayai berlaku pada Selasa minggu lalu (27 Januari) namun mayat mayat mangsa ditemukan pada 30 Januari lalu di atas katil bersebelahan suspek yang kritikal akibat parah selepas cuba membunuh diri dengan mengelar leher dan pergelangan tangan kiri dengan senjata tajam.

“Suspek bertindak sedemikian kerana mengesyaki teman wanitanya ada kekasih lain,” katanya ketika dihubungi, lapor BH.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, polis sudah merekodkan sebahagian keterangan daripada suspek bagi mengenal pasti motif sebenar pembunuhan itu.

Sementara itu, Mahkamah Majistret melanjutkan tempoh reman ke atas suspek berusia 44 tahun selama enam hari bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan termasuk menyambung semula keterangan daripadanya.

Majistret Nurasidah A Rahman membenarkan tempoh reman dilanjutkan bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang dibenarkan keluar Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) tiba di pekarangan Mahkamah Batu Pahat pada jam 8.30 pagi dalam keadaan lehernya berbalut selepas cedera dalam cubaan membunuh diri.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img