Suspek kes bunuh gelandangan wanita disyaki alami masalah mental

SUSPEK yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita gelandangan berhadapan sebuah sekolah di Sentul, pada Isnin lalu disyaki mengalami masalah mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kematian mangsa berpunca daripada kecederaan di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Setakat ini, sembilan saksi sudah dipanggil untuk membantu siasatan dan proses siasatan masih berjalan.

“Suspek direman enam hari dan akan disambung reman sebaik tempoh reman ke atas suspek tamat pada 15 Februari ini,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026 peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur hari ini.

Pada Isnin lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita gelandangan berusia lingkungan 50 hingga 60-an di Jalan Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari dilaporkan berkata, suspek seorang penganggur berusia 46 tahun itu direman mulai Selasa lalu.

Fadil dalam pada itu berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar suspek, termasuk latar belakang peribadi serta hubungannya dengan mangsa.

“Kes masih dalam siasatan dan kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img