Kes bunuh, kerat wanita: Suspek tak puas hati mangsa guna wang tetapi kahwin dengan orang lain

POLIS percaya rasa tidak puas hati suspek terhadap tunangnya, termasuk penggunaan wang sepanjang tempoh pertunangan mereka sebelum mangsa akhirnya berkahwin dengan orang lain, menjadi motif utama pembunuhan mangsa dibunuh dan tubuhnya dikerat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, mangsa berusia 44 tahun itu merupakan pemegang kad IMM13 iaitu pas lawatan sementara dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia khusus untuk warga Filipina yang berstatus pelarian atau mereka yang melarikan diri ke Sabah.

Menurutnya, polis percaya bahawa motif kes bunuh ini lebih kepada perasaan cemburu dan tidak berpuas hati terhadap si mati.

“Suspek dan si mati sebelum ini bertunang tetapi dalam tempoh pertunangan itu, mangsa telah menggunakan wang suspek kira-kira RM7,000 namun mereka tidak jadi berkahwin.

“Mangsa dikatakan telah berkahwin dengan orang lain sehingga menyebabkan suspek cemburu terhadap apa yang berlaku dalam hubungan mereka, seterusnya membawa kepada pertengkaran dan pembunuhan ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di Kota Kinabalu hari ini, lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Jauteh berkata, semasa kejadian mangsa telah pergi ke rumah suspek dan mereka masih berhubung.

“Dalam kejadian itu, suspek dipercayai menggunakan senjata tajam iaitu parang.

“Setakat ini, dia mengaku memotong (mengerat badan mangsa) dan suspek kedua merupakan anak suspek yang berada di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan, anak suspek berada di luar manakala pertengkaran berlaku dalam rumah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa bahagian anggota badan ditemukan di dua lokasi tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar di Kota Kinabalu semalam.

Penemuan awal membabitkan kaki dan tangan berhampiran tempat letak kereta bersebelahan sebuah pasar raya pada jam 6.30 pagi. Anggota badan itu ditemukan pekerja lori sampah yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Pencarian lanjut dilakukan polis dengan bantuan pekerja lori sampah yang membawa kepada penemuan kepala serta badan mangsa pada 11.40 pagi di satu lagi lokasi pembuangan sampah berhampiran pasar raya itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img