Putus kaki kiri : Bunga api nampak tak stabil

INSIDEN lelaki putus kaki kiri akibat terkena bunga api dipercayai berlaku kerana bahan letupan diletakkan dalam keadaan tidak stabil yang menyebabkannya tumbang.

Melalui video yang tular di media sosial, bunga api terbabit diletakkan dalam keadaan menegak hanya beberapa kali mengeluarkan letupan sebelum tumbang.

Difahamkan, bunga api itu tumbang dan secara kebetulan menghala ke arah mangsa yang berada tidak jauh dari lokasi, lapor Harian Metro.

Kejadian di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat menyebabkan mangsa parah dan dikejarkan ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, mangsa pada ketika ini masih menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata, polis akan merekodkan keterangan daripada lelaki itu sebaik dia pulih daripada kecederaan dialaminya.

“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 termasuk merekodkan keterangan saksi di tempat kejadian,” katanya.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, lelaki berusia 30-an parah dan putus kaki kiri apabila bunga api jenis ‘shoot cake 4(D) 16 shot (premium)’ mengenanya.

Kejadian berlaku pada malam sambutan Tahun Baharu Cina namun tiada mangsa lain cedera.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img