Polis cari lelaki pandu Myvi melulu, bertikam lidah dengan wanita

POLIS mengesan pemandu Perodua Myvi yang tular selepas terlibat dalam satu perselisihan faham di Plaza Tol Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, satu laporan diterima daripada wanita berusia 31 tahun bekerja sebagai pegawai eksekutif di syarikat swasta jam 7.50 malam semalam.

Menurutnya, hasil siasatan dapati pada jam 6.10 pagi, semasa pengadu sedang memandu kereta Perodua Myvi untuk ke tempat kerja, ketika melalui Plaza Tol Bangi, tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi warna biru menghimpit dari belakang tepi kenderaan lalu melanggar bahagian kiri hadapan.

“Selepas itu kedua-dua pihak berhenti di tepi jalan dan mula berlaku selisih faham di mana suspek memarahi pengadu dengan cara menengking serta perbuatan seperti hendak memukul berpunca menukar laluan lorong kiri tanpa beri signal sebelum itu.

“Suspek bagi kes ini sedang dikesan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, yang mana boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes turut disiasat mengikut kesalahan trafik iaitu Rule 6(1) LN 166/59 memotong dan menghalang daripada memotong pemandu yang boleh dikenakan saman tidak kurang daripada RM300.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Sarjan Vaelmurgan Amarthalingam di talian 019-6111660 bagi membantu siasatan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img