Suami bunuh isteri selepas diejek gemuk,hodoh

SEORANG  lelaki warga emas dipercayai membunuh isterinya sendiri dalam kejadian di Perumahan Bintan Permata Indah, Jalan Ganet, Kota Tanjungpinang, semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Polis  Kepulauan Riau, Asisten Komisioner Ronni Bonic berkata, motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada rasa sakit hati suspek yang sering dihina oleh mangsa berkaitan fizikalnya.

“Suspek mengaku sakit hati kerana sering dihina isterinya, dikatakan gemuk dan hodoh. Disebabkan itu dia marah lalu mengambil sebatang kayu dan memukul kepala mangsa,” katanya di Markas Polis Daerah Kepri, Batam, hari ini, lapor media di Indonesia.

Menurut beliau, suspek berusia 67 tahun dipercayai telah merancang perbuatan tersebut sebelum membunuh isterinya, Harsalena 56.

Siasatan awal juga mendapati suspek merupakan seorang residivis yang baru dibebaskan dari Penjara Tanjungpinang pada Ogos tahun lalu atas kesalahan pembunuhan.

“Kejadian ini disertai perancangan. Suspek adalah suami mangsa sendiri dan baru sahaja keluar dari penjara atas kes pembunuhan juga,” katanya.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img