Murid perempuan 12 tahun disyaki dicabul dalam semak berhampiran sekolah di Melaka

SEORANG murid perempuan tahun enam disyaki dicabul sebelum ditinggalkan hanya berpakaian dalam di kawasan semak berhampiran sekolahnya di Melaka, kelmarin.

Mangsa sebelum itu laporkan hilang dan dijumpai sekitar jam 7 malam dalam keadaan menangis ketakutan.

Menurut sumber, kanak-kanak itu disedari hilang oleh guru sekolah selepas mangsa tidak masuk ke kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada jam 1.05 petang.

“Usaha mencari murid itu dilakukan dan semakan sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah mendapati mangsa dilihat keluar dari kawasan sekolah sekitar waktu tengah hari.

“Kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia keluar dari sekolah selepas terlihat sebuah kereta yang disangkakan milik ibunya. Namun, dia beredar semula selepas mendapati kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki tidak dikenali,” kata sumber itu, lapor Sinar Harian.

Sumber memberitahu, mangsa terkejut apabila lelaki berkenaan mengejarnya sehingga memaksa kanak-kanak tersebut berlari ke arah semak berhampiran untuk bersembunyi.

Bagaimanapun katanya, suspek berjaya menjumpai mangsa sebelum memintanya menanggalkan pakaian, selain disyaki turut menyentuh pipi serta mengambil beberapa keping gambar sebelum beredar meninggalkan lokasi.

Menurut sumber itu lagi, keluarga mangsa menjumpai kanak-kanak itu dan bertindak membawanya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img