Kementerian Komunikasi,MCMC akan mudah cara projek Google RM7.8 bilion

KEMENTERIAN  Komunikasi bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memudah cara pelaksanaan projek pelaburan syarikat gergasi teknologi Google sebanyak USD2 bilion (RM7.8 bilion) di Malaysia.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata ia meliputi langkah memastikan kesiapsiagaan infrastruktur dan pematuhan peraturan sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia sebagai hab serantau bagi data selamat, pengkomputeran awan serta inovasi kecerdasan buatan (AI).

“Pelaburan ini merangkumi pusat data dan perkhidmatan awan Google yang pertama di Malaysia, dijangka menjana impak ekonomi USD3.2 bilion (RM12.5 bilion) serta 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030.

“Malaysia terus diyakini sebagai destinasi utama ekonomi digital,” katanya dalam  Facebook hari ini.

Fahmi  menyertai sesi sidang video Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google Ruth Porat serta pasukannya.

Pada Mei 2024, Google mengumumkan komitmen pelaburan sebanyak USD2 bilion (RM7.8 bilion) di Malaysia merangkumi pembangunan pusat data pertamanya dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan awan pada peringkat tempatan serta global selain program literasi AI untuk pelajar dan pendidik di negara ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img