Pelajar pijak al-Quran : Kertas siasatan dirujuk Jabatan Peguam Negara hari ini

KERTAS siasatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditahan memijak al-Quran akan dirujuk Jabatan Peguam Negara hari ini untuk mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki itu disambung reman tiga hari lagi hingga esok selepas tempoh reman tamat semalam.

Menurutnya, polis menerima sebanyak 62 laporan dari seluruh negara berhubung penularan foto memaparkan al-Quran dipijak di media sosial.

“Setakat ini, seramai 43 saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan semalam, lapor Buletin TV3.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam dan sensitiviti agama.

“PDRM akan menjalankan siasatan secara telus, profesional dan adil serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dan keamanan negara,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img