Tiga remaja mangsa bot hanyut berjaya diselamatkan di perairan Manjung

TIGA remaja berusia 16 tahun berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak selepas sampan dinaiki hanyut akibat cuaca buruk dalam kejadian di perairan Pasir Panjang dekat Manjung, Lumut, petang semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada jam 6.57 petang berhubung kejadian itu dan satu operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan.

“Bot Perkasa 1223 diatur gerak ke lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 3.2 batu nautika tenggara Pulau Katak. Keadaan cuaca semasa operasi dilaporkan kurang baik dengan angin barat laut berkelajuan antara 30 hingga 40 kilometer sejam.

“Ketinggian ombak pula mencecah antara 1.5 hingga 2.5 meter serta ribut petir di beberapa kawasan, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan di laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Shukri berkata pasukan tiba di lokasi jam 8.25 malam dan berjaya menemukan ketiga-tiga mangsa dalam keadaan selamat bersama sampan mereka.

“Semua mangsa kemudian dibawa ke Jeti Marina Island, Lumut sebelum diserahkan kepada waris masing-masing pada jam 10.10 malam.

“Operasi CARILAMAT ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 malam selepas aset terlibat kembali ke pangkalan. Tindakan pantas mengaktifkan operasi CARILAMAT dan respons segera aset di lapangan memastikan ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img