Doktor swasta rugi RM3 juta ditipu pelaburan tidak wujud

SEORANG doktor swasta rugi lebih RM3 juta selepas ditipu pelaburan IPO Syer membabitkan mata wang negara China dan Hong Kong yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Syamsyul Anuar Saad berkata, mangsa berusia 60 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 4 Mac lalu.

“Berdasarkan laporan yang dibuat mangsa, pada 26 Ogos tahun lalu, pengadu berada di tempat kerjanya di Jalan Putra, di sini dan ternampak iklan pelaburan syarikat JMC Capital melalui Facebook (FB).

“Pengadu dijanjikan akan mendapat keuntungan 50 peratus dalam tempoh dua minggu dari modal yang dilaburkan.

“Kemudian pengadu telah berurusan dengan seorang wanita dan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp syarikat berkenaan dan turut diyakinkan oleh ahli group berkenaan yang pengadu boleh mendapat keuntungan yang tinggi, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syamsyul Anuar berkata, antara 4 November hingga 4 Februari lalu, pengadu membuat pindahan wang lebih RM3 juta melalui 49 kali transaksi ke sembilan akaun bank yang berbeza.

Katanya, pengadu hanya menyedari ditipu selepas tidak pernah menerima apa-apa pulangan.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan sebarang pelaburan yang ditawarkan di dalam talian dan memastikan pelaburan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM), selain menyemak melalui Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM atau menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img