40 saman, 10 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di Miri

POLIS keluarkan 40 saman manakala 10 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi yang bermula pada 7 Mac jam 4 petang hingga 8 Mac jam 2 pagi itu tertumpu di beberapa lokasi sekitar bandar ini termasuk Jalan Piasau, Jalan Miri Bypass, Jalan Marina dan Jalan Tanjong Lobang.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan susulan aduan orang awam berhubung aktiviti motosikal yang mengganggu kelancaran lalu lintas serta ketenteraman awam.

“Sepanjang operasi dijalankan, seramai 22 individu terdiri daripada 20 lelaki dan dua perempuan diperiksa bersama 15 buah motosikal.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dilakukan antaranya menunggang tanpa lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal, ubah suai ekzos sehingga menghasilkan bunyi bising, tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran serta penggunaan nombor pendaftaran fancy,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 10 motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam aktiviti samseng jalanan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img