Kerajaan masih mampu kekalkan harga petrol sekurang-kurangnya  dua bulan lagi

KERAJAAN masih mempunyai kapasiti untuk mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99 bagi tempoh sekurang-kurangnya dua bulan lagi walaupun harga minyak dunia meningkat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan akan terus mencuba dan menahan harga RON95 pada RM1.99 kerana  mempunyai kapasiti untuk bertahan buat masa ini.

‘’Bagaimanapun, bagi harga (minyak) pasaran terbuka, ia akan mencerminkan harga semasa,” katanya kepada media  pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan ASEAN Ke-2 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, Malaysia berada dalam kedudukan yang stabil untuk menguruskan kenaikan harga tenaga global memandangkan Malaysia merupakan pengeksport tenaga bersih, sekali gus membolehkan peningkatan hasil petroleum membantu mengimbangi kenaikan kos subsidi.

“Malaysia merupakan pengeksport tenaga bersih, justeru kenaikan harga minyak turut memberi limpahan positif kepada ekonomi negara,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bekalan minyak dan gas negara kekal mencukupi dengan PETRONAS memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga.

‘’Dari segi bekalan tenaga, Malaysia ketika ini berada dalam keadaan yang baik dan tidak berdepan gangguan bekalan,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img