Kerajaan cari ikhtiar semaksimum mungkin kekal petrol RM1.99 seliter – PM

KERAJAAN mencari iktiar semaksimum mungkin untuk membolehkan harga subsidi RON95 mampu dikekalkan pada para RM1.99 seliter ketika harga minyak diramal akan naik berikutan perang Iran menentang Amerika Syarikat (AS) -Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan di negara ini masih lagi terkawal melalui ketetapan subsidi RON95 pada harga yang rendah agar tidak membebankan rakyat.

“Walaupun kita tahu ketimbang dengan negara-negara lain masih terkawal. Harga minyak hari ni, harga Brent satu barel sudah naik $100 dolar Amerika. Kita masih bertahan dengan RM1.99 Budi95. Kita akan jalankan ikhtiar maksimum mungkin supaya tidak membebankan rakyat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada  Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan itu, Anwar sekali lagi menyatakan sokongan Malaysia terhadap Iran dalam mempertahankan kedaulatan negaranya, susulan serangan ganas rejim Israel dan Amerika Syarikat (AS).

“Sebab itu kita juga di antara yang terpanggil untuk menghubungi juga Iran dan negara sahabat untuk menyatakan pertama sokongan kita kepada Iran dalam pertahankan negara tersebut, itu konsisten dengan pendirian Malaysia selama ini.

“Tidak bersetuju dengan keganasan, tidak bersetuju dengan kerakusan kuasa dan percubaan menakluk atau mengganggu-gugat negara lain,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pihaknya akan menerima panggilan telefon daripada Emir Kuwait dan beberapa pemimpin negara lain petang ini, bagi membincangkan kemelut yang berlaku di rantau itu.

“Kita juga melahirkan keprihatinan kerana tempias itu ke negara jiran, negara Teluk Arab, malah ke Azerbaijan, Turkiye, selain dari negara Arab dan negara Teluk.

“Oleh itu juga saya telah hubungi dengan Menteri Luar Iran meminta supaya dapat sedaya upaya kawal supaya hubungan baik di antara jiran negara Islam itu terus mantap,” tambahnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img