Polis Selangor sahkan serangan terhadap Cikgu Chandra

POLIS Selangor mengesahkan kejadian kes serangan terhadap aktivis, S Chandrasegaran, 47, atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Chandra’.

“Saya sahkan kejadian itu dan sidang media berhubung kejadian itu akan diadakan esok,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Terdahulu, Chandra dilaporkan berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang ketika dia berada di rumah bersama dua anaknya, dua lelaki tidak dikenali membuka pagar kediamannya semalam.

Menurutnya, suspek yang memakai topeng hitam dan membawa parang itu kemudian memecahkan cermin belakang kereta Perodua Viva miliknya serta merosakkan jeriji besi di hadapan rumah.

Semakan rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kira-kira enam individu menaiki dua kenderaan dipercayai berada di luar rumah ketika kejadian.

Kejadian tidak terhenti di situ apabila sekumpulan individu dipercayai datang semula ke rumahnya kira-kira jam 3.20 pagi sebelum mencampakkan objek dipercayai bom petrol (molotov cocktail).

Akibat itu, tiga kenderaan miliknya musnah terbakar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img