Maritim gagalkan 6 PATI keluar melalui laluan tikus

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) meninggalkan Malaysia melalui laluan tikus tidak diwartakan di perairan Tanjung Piai, Pontian malam tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, semua lelaki itu ditahan melalui Op Khas Pagar Laut 1/2026 pada jam 11.30 malam.

Katanya, enam lelaki berusia 21 hingga 55 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima maklumat risikan mengenai pergerakan sebuah bot mencurigakan dan dipercayai membawa individu keluar dari negara secara haram.

“Susulan itu, sebuah bot ronda digerakkan ke lokasi sebelum mengesan bot berkenaan kira- kira 1.7 batu nautika barat daya Tanjung Piai.

“Bagaimanapun, bot cuba melarikan diri ke arah perairan negara jiran, namun berjaya dipintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sungai Pulai untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img