Wanita rugi RM2.26 juta, diperdaya pulangan lumayan skim pelaburan saham

SEORANG wanita warga emas kerugian sebanyak RM2,262,750 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan saham yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.16 pagi, semalam.

Menurutnya, mangsa yang berusia 66 tahun diperkenalkan kepada satu pelaburan saham di bawah sebuah syarikat oleh seorang ejen pada tahun 2023.

“Mangsa telah diberikan penerangan mengenai pelaburan berkenaan dan dijanjikan pulangan dividen sebanyak 10 peratus setiap tiga bulan.

“Pengadu kemudian membuat beberapa transaksi bayaran secara berperingkat sehingga berjumlah RM2,262,750,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan sebelum menyedari dirinya ditipu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img