Enam pesara guru terperangkap dalam lif di Pintasan Saloma

ENAM pesara guru dari Pulau Pinang berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam lif di Pintasan Saloma, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Mejar Mohamad Aminullah Zulkafly berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 malam tadi.

Menurutnya, sepasukan anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) dan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur segera dikejarkan ke lokasi sejurus menerima laporan.

“Mangsa seramai enam orang pesara guru dari Pulau Pinang selamat dikeluarkan oleh APM Kuala Lumpur.

“Mereka menggunakan lif kerana ketika kejadian, keadaan sedang hujan. Kesemua mangsa berjaya diselamatkan namun enggan mendapatkan rawatan lanjut di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img