Bazar Raya kukuhkan peranan NADI sebagai platform ekonomi komuniti

BAZAR Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) 2026 yang diadakan serentak di 1,098 lokasi NADI di seluruh negara hari ini  sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sekali gus memperkukuhkan peranan NADI sebagai platform ekonomi komuniti yang semakin berkembang.

Inisiatif di bawah Perkhidmatan Pintar NADI yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu berfungsi sebagai platform memperkasa usahawan komuniti serta meluaskan peluang pemasaran menjelang musim perayaan.

‘’Tahun ini, program menyasarkan penyertaan sehingga 10,000 usahawan, iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding lebih 5,000 usahawan yang terlibat pada tahun 2025,’’ kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Majlis Kick-Off Bazar Raya NADI telah disempurnakan oleh  Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada 7 Mac lalu di NADI PPR Kerinchi sebagai simbolik pelancaran peringkat nasional.

Menurut MCMC, selain NADI PPR Kerinchi, program ini turut dipromosikan tahun ini di lima lokasi tumpuan utama lain iaitu NADI Sungai Tua, Gombak, Selangor; NADIKampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh, Perak; Padang Bola Sri Johor 4AB,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Kulai, Johor Bahru; serta NADI Kubang Semang (Yayasan Aman), Pulau Pinang bagi memperluas keterlihatan dan impak program di seluruh negara.

‘’Bazar Raya NADI di Padang Bola Sri Johor 4AB, Bandar Tun Razak hari ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

‘’Selain aktiviti jualan, program di lokasi ini turut menampilkan pengisian komuniti seperti penganjuran Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan keselamatan Internet dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab,’’ kata kenyataan itu

Selain itu kata MCMC bazar tersebut turut menampilkan kolaborasi strategik antara MCMC dengan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui pelaksanaan Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI.

‘’Kerjasama ini menyokong aspirasi Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih mampu milik menjelang musim perayaan,’’ kata kenyataan itu.

Menurut MCMC, Bazar Raya NADI 2026, sebagai kesinambungan daripada edisi tahun 2025, bukan sekadar platform jualan bermusim.

‘’ Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MCMC untuk memperkukuh ekosistem ekonomi digital komuniti, merapatkan jurang digital serta meningkatkan daya saing sosioekonomi rakyat selaras dengan objektif penubuhan NADI,’’ kata MCMC.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img