Pusat hiburan tanpa lesen tawar GRO RM10 sejam diserbu, 11 ditahan

Polis menahan 11 warga Myanmar termasuk sembilan wanita dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Taman Semarak 2, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, mereka yang ditahan di premis berkenaan berusia 19 hingga 53 tahun dan dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dengan bayaran RM10 sejam.

Beliau berkata, serbuan kira-kira 3.30 petang semalam dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan menjalankan operasi pusat hiburan dengan mengambil warga asing sebagai GRO serta mengenakan bayaran RM10 sejam bagi setiap GRO untuk menemani pelanggan di bilik karaoke,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, pemeriksaan lanjut mendapati warga asing terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja, selain beberapa individu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.

Polis turut merampas pelbagai peralatan digunakan untuk menjalankan aktiviti hiburan, antaranya tablet pemilih lagu karaoke, mikrofon, sistem audio, televisyen, buku catatan perniagaan serta 49 tin minuman keras yang dipercayai tidak bercukai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img