700 kenderaan terpakai musnah dalam kebakaran stor

SEBANYAK 700 kenderaan terpakai musnah dalam satu kebakaran besar yang melibatkan sebuah stor penyimpanan kenderaan terpakai di Jalan Dungun Marabahai Tambalang 2, di Tuaran, Sabah hari ini.

Kebakaran dipercayai bermula daripada kebakaran di kawasan hutan berhampiran kira-kira jam 1 petang sebelum merebak ke stor penyimpanan berkeluasan kira-kira 0.8 hektar itu.

KEBAKARAN memusnahkan 700 kenderaan terpakai yang rosak di stor penyimpanan di Jalan Dungun Marabahai Tambalang 2 di Tuaran, Sabah petang ini. GAMBAR: JBPM Sabah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Anak Beki berkata, sembilan anggota dikejarkan ke lokasi bersama dua jentera serta satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Operasi pemadaman dibantu dua jentera melibatkan pasukan bomba dari BBP Lintas dan Kota Kinabalu dengan kekuatan keseluruhan 25 anggota.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dengan api berjaya dikawal jam 3.31 petang,” katanya.

Beliau memaklumkan, kira-kira 30 kenderaan lain yang berada di lokasi sama sempat diselamatkan, namun punca kejadian masih dalam siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img