Curi dalam kuil: Polis tahan lelaki miliki rekod jenayah, dadah

POLIS menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kejadian curi di Kuil Sri Kamatchi Aman di Taman Maluri, Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.55 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kemudian menjalankan operasi bagi mengesan suspek.

“Hasil operasi tersebut, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di kawasan Taman Maluri, Cheras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Rosdi, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan kegiatan jenayah berkenaan.

“Semakan polis mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik,” katanya.

Beliau memberitahu, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek telah dibuat hari ini dan suspek ditahan selama tujuh hari sehingga 21 Mac ini.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img