SEORANG lelaki warga emas ditemukan lemas selepas disedari hilang di muara sungai Kampung Nail, Kuala Besut, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Mangsa, Mohd Nor Jaafar, 68, dari Kampung Kuala Besut sebelum itu berada di kawasan jeti bersama beberapa rakannya sebelum turun bersendirian ke kawasan tempat letak bot.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa kemudiannya disedari hilang sebelum ditemui oleh rakannya dalam keadaan lemas di kawasan berkenaan.
“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Besut mengesahkan punca kematian akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


