SPRM dapati tiada sebarang kesalahan dalam peruntukan Sejati MADANI

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan Program Sejahtera Komuniti MADANI (Sejati MADANI) tahun lalu.

Menurut sumber, setakat ini hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesalahan yang dilakukan mana-mana pihak di bawah Akta SPRM 2009.

“Kertas siasatan telah dibuka tahun lalu dan SPRM mendapati tidak sebarang kesalahan yang dilakukan di bawah Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun bukti berkaitan isu penyelewengan peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) supaya tampil memberikan Kerjasama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img