Mercun meletup : Budak 4 tahun putus jari

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun putus beberapa jari, selain cedera pada tapak tangan kiri akibat letupan mercun di Kampung Tempoyak, dekat Merbok, Sunfai Petani, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila mangsa dipercayai bersama dua lagi kanak-kanak berusia sembilan dan dua tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, mengesahkan kejadian itu susulan laporan diterima di Balai Polis Tanjung Dawai jam 2.15 petang semalam.

“Maklumat awal kejadian disedari jiran selepas mendengar letupan mercun disusuli tangisan kanak-kanak itu.

“Mangsa kemudian dibawa ahli keluarga ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jenis mercun digunakan masih disiasat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img