SPRM buka kertas siasatan berkaitan kes salah guna kuasa beli tanah guna wang zakat

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Menurut sumber, kertas siasatan tersebut dibuka susulan pendedahan yang dilakukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan dewan negeri hujung tahun lalu.

“Pasukan siasatan telah hadir ke beberapa buah pejabat yang disyaki terlibat dalam kes ini bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dan kini semuanya dalam kajian.

“Selain itu, SPRM juga telah merakam percakapan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y Subbiah ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img