2 suspek kes curi bekas abu mayat dibebaskan dengan jaminan polis

POLIS masih menjalankan siasatan berhubung kes pencerobohan sebuah taman peringatan di Jalan Kota Tinggi-Kulai di Kulai baru-baru ini yang melibatkan kehilangan bekas tempat simpanan abu mayat.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, dua daripada empat suspek lelaki yang ditahan kelmarin bagi membantu siasatan kes itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, dua lagi suspek yang juga warga asing masih ditahan reman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Empat suspek yang ditahan kelmarin ditahan reman sehingga hari ini, tetapi dua lelaki tempatan akan bebas jamin polis, manakala dua lelaki warga asing pula masih dalam reman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63. Kes masih dalam siasatan,” katanya.

Seng Lee turut memaklumkan motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan (akta 574) iaitu berkaitan dengan kesalahan menceroboh tempat perkuburan atau tempat ibadat dan Seksyen 427 kanun sana iaitu kesalahan melakukan khianat yang menyebabkan kerugian atau kerosakan harta benda.

Media pada 9 Mac lalu melaporkan sejumlah 22 bekas tempat simpanan abu mayat di dalam rak simpanan dilarikan di sebuah taman peringatan di Jalan Kota Tinggi-Kulai di Kulai.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img