PM tunai solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet, di Bukit Mertajam, Permatang Pauh.

Perdana Menteri tiba pada jam 1.15 petang dan disambut Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.​

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Anwar bersama jemaah seterusnya mendengar khutbah bertajuk ‘Ramadan, ketika senja terakhir berlabuh’ disampaikan Imam masjid itu, Muhammad Nasir Hamid, yang kemudian turut memimpin solat Jumaat dihadiri kira-kira 700 jemaah.

Kandungan khutbah berkenaan mengingatkan kembali mengenai amalan sepanjang Ramadan dan turut menyimpulkan mengenai bulan itu sebagai ruang terbaik bagi menggapai keredhaan serta keampunan Allah SWT.

Antara lainnya, kandungan khutbah itu turut mengajak orang ramai mencontohi akhlak salafus soleh mengenai cara mereka mengisi bulan Ramadan dengan sebaiknya selain istiqamah melakukan ibadah pada setiap masa serta keadaan dan bukan bermusim atau berkala.

Usai solat, jemaah tidak melepaskan peluang bersalaman dan berswafoto dengan Perdana Menteri.

Beliau turut beramah mesra dengan orang ramai dan bertanyakan mengenai persiapan menjelang Aidilfitri.

Difahamkan Perdana Menteri tiba pagi tadi sebelum ke masjid berkenaan, seterusnya melakukan tinjauan dan ziarah komuniti di rumah sekitar dengan berjalan kaki.

Beliau dijangka mengakhiri lawatan kerjanya dengan menghadiri program Santai bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh, di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img