KOR Pengawal Revolusi Islam (IRGC) hari ini mengesahkan Timbalan Ketua Perhubungan Awam dan jurucakap Kor itu, Brigedier Jeneral Ali Mohammad Naeini terbunuh dalam serangan ganas Amerika Syarikat (AS) dan Israel, semalam.
Dalam kenyataan itu berkata, Ali Mohammad Naeini terkorban pada waktu subuh hari terakhir bulan Ramadan.
‘’Sepanjang lebih empat dekad, Allahyarham telah memberikan khidmat penuh dedikasi dalam mempertahankan Revolusi Islam selain berperanan sebagai jurucakap IRGC dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini termasuk dalam operasi Wa‘d al-Sadiq 2, 3 dan 4.
‘’Sumbangan beliau telah meninggalkan kesan mendalam dan berkekalan dalam sejarah perjuangan dan pengorbanan. Idea pembaharuan serta pendekatan berkesan beliau dalam bidang ‘perang saraf; dijangka menjadi panduan kepada anggota Pengawal Revolusi dan pegawai perang kognitif menentang kuasa besarm’’ kata kenyataan itu lapor Tasnim News Agency.
Kenyataan itu turut menyatakan penghormatan kepada jasa dan keberanian beliau serta saudaranya yang turut terkorban, selain menegaskan komitmen untuk meneruskan perjuangan menentang pihak yang dianggap sebagai pengganas dan kekuatan moral serta pengaruh Pengawal Revolusi Islam tidak akan terjejas.


