Dua sami ditahan di Bangkok laku penderaan seksual terhadap sami pelatih

DUA sami berusia 24 tahun ditahan di sebuah kuil terkenal di kawasan Charoen Krung, Bangkok, atas tuduhan melakukan penderaan seksual terhadap sami pelatih.

Kes itu melibatkan sekurang-kurangnya tujuh mangsa dan lebih 100 rakaman video lucah telah dirampas sebagai bukti.

Menurut Komander Bahagian Anti-Pemerdagangan Manusia, Mejar Jeneral Polis Wittaya Sriprasertphap, penahanan dilakukan pada Khamis di kuil yang terletak di daerah Sathon.

Katanya, Suspek dikenal pasti sebagai Phra Khru Sangkarak Chondaen atau “Phra Toon” dan Phra Maha Siwabutr, dikenali sebagai “Phra Ta”.

‘’Phra Toon dikehendaki berdasarkan waran tangkap Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada 17 Mac atas tuduhan rogol, melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak bawah 15 tahun serta kesalahan seksual terhadap individu di bawah jagaan beliau.

‘’Phra Ta pula diburu mengikut waran bertarikh 17 November 2025 atas tuduhan rogol, perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak, menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak untuk kepentingan peribadi, serta memaksa kanak-kanak melakukan perlakuan tidak wajar, katanya lapor Bangkok Post.

Beliau berkata, kedua-dua suspek mengaku bersalah semasa soal siasat dan secara sukarela melucutkan status sami sebelum diserahkan kepada pihak penyiasat untuk tindakan lanjut.

Penahanan ini susulan aduan oleh Yayasan Pavena Hongsakul untuk Wanita dan Kanak-Kanak yang melaporkan tiga sami pelatih menjadi mangsa salah laku seksual, menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan kanak-kanak dalam institusi keagamaan.

Siasatan polis mendapati kedua-dua suspek memegang jawatan berautoriti dan bertanggungjawab menyelia sami pelatih. Mereka dipercayai memancing mangsa ke bilikdengan menawarkan telefon bimbit untuk bermain permainan, yang dilarang di kuil, atau wang tunai sebanyak 500 baht (RM65).

Polis turut menemui sejumlah besar minuman keras, peralatan perjudian, kondom, pelincir, serta tiga telefon bimbit dan tiga peranti elektronik yang mengandungi lebih 100 rakaman lucah.

Mangsa didakwa diserang secara seksual sekurang-kurangnya 30 kali, dan gambar serta video dirakam secara rahsia termasuk ketika mangsa sedang tidur.

Dalam perkembangan terbaru, empat lagi sami pelatih tampil membuat laporan mengenai penderaan, menyebabkan polis memperluas siasatan dan menyediakan perlindungan kepada semua mangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img