Operator kilang  cedera ditembak di lengan, dada

SEORANG operator kilang cedera di lengan dan dada kanan akibat terkena tembakan dilepaskan seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Kampung Permatang Durian, Seberang Paya, Padang Serai, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, ketika kejadian mangsa berusia 24 tahun itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Beliau berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.50 malam selepas suspek berusia 42 tahun, menghubungi mangsa dan meminta datang ke rumahnya di Kampung Naga Lilit.

“Bagaimanapun, suspek menahan mangsa di lokasi kejadian sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka. Suspek bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa dan mengenainya,” katanya lapor Buletin TV3.

Akibat tembakan itu,  katanya sebutir peluru menembusi lengan kanan dan bahagian dada kanan mangsa.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim  untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala suspek ditahan di hadapan rumahnya.

“Polis turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver bersama 10 butir peluru hidup, dua kelongsong peluru dan sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Punca kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan, ” katanya.

Semakan mendapati, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai tiga kes dadah dan 11 kes jenayah, manakala mangsa pula mempunyai rekod kes narkotik dan jenayah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img