Seorang maut, lima cedera dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat

SEORANG maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Puncak Titiwangsa, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad  berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.24 pagi.

Katanya,  anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati, Perodua terbalik ke dalam longkang, manakala sebuah lagi kereta terbabas ke bahu jalan.

“Terdapat empat mangsa menaiki Perodua Ativa, di mana seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, dua lagi mangsa yang menaiki Kia Forte, masing-masing lelaki dan perempuan turut mengalami kecederaan.

Sabarodzi berkata, pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum semua  yang cedera diberikan rawatan awal.

“Kesemua lima mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Jeli menggunakan jentera EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img