PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald J. Trump mengarahkan semua tindakan ketenteraan terhadap kemudahan loji janakuasa dan infrastruktur tenaga Iran ditangguhkan buat sementara waktu.
Melalui akaun TruthSocial, beliau berkata, penangguhan selama lima hari itu tertakluk kepada kejayaan berterusan rundingan dan perbincangan yang sedang berlangsung antara kedua-dua pihak.
Bagaimana Trump tidak menyatakan dengan siapa Amerika Syarikat membuat perbincangan bagi pihak Iran.

Sebelum itu dalam kenyataan tersebut Trump memaklumkan Amerika Syarikat dan Iran telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik dan produktif” dalam tempoh dua hari lalu, berkaitan usaha mencapai penyelesaian menyeluruh terhadap konflik di Timur Tengah.
Menurut beliau, berdasarkan nada serta hasil perbincangan yang mendalam, terperinci dan konstruktif itu -yang dijangka diteruskan sepanjang minggu ini.
Sebelum Trump memberi tempoh 48 jam kepada Iran untuk melepaskan sekarang Selat Hormuz.
Jika Iran gagal berbuat demikian, AS akan menyerang rangkaian tenaga dan elektrik negara itu. Bagaimanapun gertakan Trump telah mendapat reaksi Iran yang memberi amaran akan melancarkan serangan balas lebih keras terutama di lokasi tenaga di Asia Barat.


