Gerai mercun terbakar: Tiga individu ditahan bantu siasatan

TIGA individu ditahan bagi membantu siasatan kejadian kebakaran melibatkan gerai mercun dan bunga api di Taman Pekaka, di Nibong Tebal semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Jay January Siowou berkata, dua lelaki dan seorang wanita direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kecuaian dalam pengendalian bahan letupan.

“Siasatan awal mendapati gerai tersebut mempunyai permit yang sah. Bagaimanapun, kejadian itu menyebabkan kerosakan kepada sebuah motosikal, dua kereta serta premis berhampiran termasuk sebuah restoran dan rumah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Jay January Siowou turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi langkah keselamatan ketika mengendalikan bahan mudah terbakar, khususnya menjelang musim perayaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img