Pemandu maut, 2 termasuk kanak-kanak cedera kereta dinaiki rempuh pembahagi jalan

SEORANG pemandu maut manakala dua lagi termasuk kanak-kanak berusia 2 tahun cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kampung Belia 2, Sungai Panjang di Sungai Besar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.25 petang mengenai kemalangan itu.

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan pemandu kereta Proton Saga yang maut dalam kemalangan di Kampung Belia 2, Sungai Panjang, Sungai Besar hari ini. GAMBAR: JBPM Selangor

Menurut beliau, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian.

“Nahas membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun.

“Pemandu iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, dua mangsa yang terselamat berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.

Beliau berkata, mangsa lelaki yang tersepit di bahagian pemandu kemudian dikeluarkan anggota bomba.

“Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 3.03 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Penumpang wanita berusia lingkungan 30-an pula cedera parah dan kanak-kanak perempuan cedera ringan. Kedua-dua mereka diserahkan kepada KKM,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img