Wanita warga emas meninggal dunia dalam bas henti-henti

SEORANG wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menaiki sebuah bas henti-henti dalam perjalanan ke Muar di Bukit Gambir, Tangkak semalam.

Aminah Awang, 64, dikatakan menaiki bas terbabit untuk ke Muar sebelum dia dikatakan tidak sedarkan diri.

Allahyarham Aminah Awang

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu bas berhubung seorang wanita didapati tidak sedarkan diri di tempat duduknya pada jam 10.45 pagi.

“Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Gambir segera dihubungi dan pemeriksaan mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.

“Mayat wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Tangkak dan laporan bedah siasat mendapati wanita terbabit meninggal dunia akibat masalah jantung,” katanya ketika dihubungi media.

Roslan dalam pada itu berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 5222 bagi membantu siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img