Kerajaan pertimbang penempatan polis di stesen minyak di sempadan – Fahmi

JEMAAH Menteri mempertimbangkan untuk menempatkan anggota polis di stesen minyak berdekatan sempadan negara bagi mempertingkatkan aspek keselamatan di lokasi berisiko tinggi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan susulan makluman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung beberapa penahanan yang dilakukan di stesen minyak di kawasan sempadan.

“Jemaah Menteri dimaklumkan oleh pihak KPDN bahawa akibat daripada penahanan dilakukan terutama di stesen minyak di sempadan negara, maka beberapa aspek membabitkan keselamatan perlu dipertingkatkan.

“Jemaah Menteri sedang mempertimbangkan keperluan kehadiran anggota keselamatan khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan aspek keselamatan di stesen minyak di sempadan dipertingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet dan Taklimat Harian Krisis Tenaga Global di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Fahmi memberitahu, Jemaah Menteri hari ini memutuskan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara sebagai langkah memperkukuhkan pengurusan bencana di peringkat Persekutuan dan negeri.

Beliau berkata, majlis itu akan merangkumi semua Menteri Besar, Ketua Menteri serta Premier Sarawak sebagai ahli tetap.

“Jemaah Menteri pada hari ini meneliti dan memutuskan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara. Majlis ini akan merangkumi sebagai ahli tetap semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Negeri Sarawak.

“(Mesyuarat majlis ini) akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan secara berkala,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img